Sukarelawan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara persembahan sempena upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Rio 2016 telah ditemuduga buat pertama kalinya baru-baru ini. Pihak penganjur akan memilih calon berdasarkan bakat masing-masing.
Pendaftaran sukarelawan tersebut juga menerima permohonan dari luar Brazil, antaranya lebih banyak daripada Amerika Syarikat, Argentina dan Britain.
Persembahan untuk upacara perasmian dan penutupan tersebut dijangka memerlukan sebanyak 12 ribu sukarelawan.