Cari:
Brazil Janji Anjurkan Sukan Olimpik Rio 2016 Yang Bersih
2015-11-11 09:48:22 CRI Cetak

Sidang Media WADA di Geneva

Selepas Jawatankuasa Bebas Agensi Antidoping Dunia (WADA) mengeluarkan laporan mengenai penggunaan ubat terlarang dalam acara olahraga di Geneva kelmarin, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Rio menegaskan lagi bahawa pihaknya akan berusaha dengan sedaya-upaya memastikan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016 dijalankan dengan bersih dan adil.

Dalam laporan tersebut, WADA telah mendedahkan isu mengenai Persatuan Olahraga Rusia yang menggunakan doping dan kes rasuah yang berlaku dalam Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

WADA mencadangkan agar Rusia dilarang daripada menyertai Sukan Olimpik Rio 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China