Cari:
14 Pelarian Maut Kapal Karam di Turki
2015-11-12 15:29:44 CRI Cetak

Sebuah kapal yang ditumpangi pelarian Syria karam di kawasan perairan Canakkale, barat Turki pagi semalam, menyebabkan 14 orang terkorban, termasuk beberapa orang kanak-kanak.

Kira-kira 27 orang penumpang berjaya diselamatkan setakat ini.

Kapal berkenaan dipercayai karam akibat dilanda ribut. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Kawasan perairan Laut Aegean di barat Turki merupakan laluan perkapalan penting bagi pelarian Syria ke Eropah.

Kira-kira 400,000 pelarian memasuki Greece melalui laluan tersebut sejak awal tahun ini. Lebih 3,000 orang daripada mereka, yang kebanyakannya warga Syria, terkorban akibat insiden kapal karam di Laut Aegean.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China