Cari:
Permintaan Domestik China Dinamikkan Ekonomi
2015-11-12 13:05:49 CRI Cetak

Karnival beli-belah 11 November yang berlangsung setahun sekali berakhir malam tadi dengan jumlah transaksi yang mencipta rekod baharu iaitu RMB 91.2 bilion, meningkat hampir 60% berbanding dengan tahun lalu. Sejak tahun 2009 hingga sekarang, seiring dengan perkembangan pesat e-dagang di China, karnival beli-belah ini yang diperkenalkan oleh Kumpulan Alibaba China turut menjadi pesta tahunan yang amat penting di China. Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan, peranan yang dimainkan oleh aktiviti itu untuk menggalakkan penggunaan domestik amat signifikan.

Sementara itu, pada tahun ini yang merupakan tahun pertama Kumpulan Alibaba menembusi pasaran antarabangsa, terdapat lebih 200 buah negara dan kawasan mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Ini membuktikan bahawa pembangunan China sejajar dengan trend pembangunan dunia, dan negara ini mampu menyuntik kedinamikan dan menyediakan peluang kepada lebih banyak negara untuk turut membangun bersama-sama.

Menurut statistik laman sesawang e-dagang Tmall, dalam tempoh 24 jam pada 11 November, jumlah transaksi per saat menerusi sistem bayaran Alibaba mencatat rekod dunia dengan 140 ribu transaksi dan bayaran sebanyak 85 ribu kali. Selain itu, menurut angka daripada penyeliaan Jabatan Pos Negara China, jumlah bungkusan yang dikirimkan oleh beberapa syarikat gergasi e-dagang mencatat 460 juta buah, yang meningkat 65% berbanding tahun lalu. Jabatan pos dan syarikat logistik di seluruh negara telah menguruskan 148 juta buah bungkusan pada hari itu.

Menurut statistik beberapa syarikat e-dagang berkenaan, sejumlah besar transaksi dalam talian itu dijalankan melalui telefon bimbit, iaitu 68% bagi platform e-dagang Tmall manakala 70% bagi platform e-dagang Jingdong.

Dalam pada itu, terdapat syarikat e-dagang dari kawasan luar bandar yang buat kali pertamanya menyertai karnival beli-belah pada tahun ini. Jumlah transaksi syarikat seumpama itu, yang menempati 10% jumlah transaksi seluruh aktiviti ini, dapat memperlihatkan permintaan domestik China yang kuat.

Selain itu, syarikat e-dagang rentas sempadan yang menyertai aktiviti kali ini juga menunjukkan prestasi baik. Dalam laman sesawang e-dagang Tmall, jumlah transaksi rentas sempadan dalam tempoh satu minit 45 saat yang pertama telah melebihi sepanjang hari pada 11 November tahun lalu. Setakat pukul 11.00 pagi 11 November sahaja, transaksi yang melibatkan barangan keperluan wanita hamil dan bayi, susu dan kosmetik yang diimport telah pun mencatat rekod baharu. Serentak itu, syarikat e-dagang juga telah memperkenalkan lebih banyak jenama antarabangsa pada aktiviti beli-belah tahun ini.

Pakar bidang penggunaan, Zhao Ping menganggap bahawa aktiviti ini bukan sahaja merangsang penggunaan, malah juga membantu menggalakkan perkembangan sektor e-dagang China dan juga antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China