Cari:
CIS Sepakat Perangi IS
2015-11-12 12:10:53 CRI Cetak

Setiausaha Persidangan Keselamatan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) semalam berkumpul di Moscow bagi membincangkan isu keselamatan serantau.

Mereka menyokong tindakan bersama dalam usaha memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) serta mencegah rakyat CIS menganggotai kumpulan militan tersebut.

Selain itu, para anggota CIS perlu menyelaraskan operasi bagi memerangi pendatang tanpa izin (PATI) dan menjamin keselamatan maklumat. Badan-badan berkenaan perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan.

Persidangan kali ini turut membincangkan isu keselamatan di Asia Barat dan Asia Tengah.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov semalam menyatakan bahawa pihaknya telah mengerahkan 85 jet pejuang untuk menyerang 277 lokasi sasaran IS dalam tempoh dua hari yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China