Cari:
Industri Perkhidmatan Penggerak Ekonomi China pada Masa Depan
2015-11-13 16:35:00 CRI Cetak

Sidang Pleno Ke-5 Jawatankuasa Pusat Ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan di Beijing pada 26 hingga 29 Oktober lalu telah membincangkan dan meluluskan cadangan Jawatankuasa Pusat PKC mengenai penetapan rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun(FYP) ke-13. David Dollar, seorang pakar dari Institut Brookings, kumpulan pemikir terkenal AS, telah memberikan ulasan berhubung dengan rancangan itu.

Dollar menyatakan bahawa walaupun masih belum mengetahui isi kandungan terperinci dokumen FYP ke-13, tetapi menurut kandungan yang diumumkan, beliau merumuskan bahawa terdapat tiga aspek dalam rancangan itu yang dianggap positif. Pertama, dalam rancangan itu, China menetapkan akan mempercepat pembaharuan sistem kewangan, terus menjalankan pembaharuan terhadap pasaran modal berdasarkan liberalisasi kadar faedah. Beliau menganggap, terus membuka pasaran modal kepada luar adalah langkah yang penting bagi merealisasikan rancangan itu.

Menurut beliau, tahap keterbukaan China dalam sektor pembuatan amat memuaskan, malah China akan membolehkan industri perkhidmatan terbuka kepada pelabur asing. Pembukaan bidang-bidang seperti perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, logistik dan perubatan, yang dianggap penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi China pada masa depan, mampu menarik pelaburan asing, meningkatkan daya inovasi dan daya persaingan dalam pasaran. Beliau berharap kerajaan China dapat meningkatkan akses kepada bidang-bidang tersebut pada masa depan.

Dollar menyatakan bahawa aspek kedua dalam FYP-13 yang menjadi perhatian umum adalah keputusan untuk menamatkan dasar yang hanya membenarkan pasangan untuk mempunyai seorang anak. Hal ini amat penting bagi demografi China, dan akan membolehkan rakyat memilih sama ada mereka ingin melahirkan anak yang kedua atau tidak dengan bebas.

Aspek ketiga dalam FYP-13 yang dianggap positif oleh Dollar adalah sasaran China untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar. Dalam hal ini, Dollar yakin China akan merancang dengan teliti tindakan yang perlu diambil, dan menjangka bahawa China akan menambah peruntukan terhadap pertanian, selain memfokuskan perubatan dan pendidikan. Langkah-langkah berkenaan nescaya berfaedah bagi kesejahteraan kaum tani.

Dollar turut menyatakan bahawa pembangunan China pada masa depan tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran berkaitan dengan alam sekitar, ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dengan kawasan luar bandar. Beliau yakin kerajaan China akan mengambil langkah untuk menangani isu-isu tersebut, dan berharap China dapat bertindak untuk melindungi alam sekitar, menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan dan memastikan perkembangan lestari ekonomi tatkala berdepan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang perlahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China