Cari:
Lebih Seratus Maut dalam Serangan di Paris
2015-11-14 15:24:21 CRI Cetak

Siri serangan serentak yang berlaku di bandar raya Paris pada malam 13 November menyebabkan lebih 140 orang terbunuh setakat ini.

Menurut Jabatan Pendakwa Raya Paris, sekurang-kurangnya 6 kejadian serangan berlaku di beberapa tempat di Paris malam semalam, antaranya kebanyakan korban berlaku di Dewan Konsert Bataclan yang meragut lebih 100 nyawa penonton. Letupan turut berlaku di luar Stadium Nasional di utara pinggir bandar apabila Presiden Perancis, Francois Hollande sedang menonton pertandingan bola sepak antara pasukan Perancis dan pasukan Jerman.

Selepas kejadian tersebut berlaku, Presiden Francois Hollande telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara, dan menutup pintu sempadan bagi mengelakkan penyerang lolos.

Beliau juga membatalkan lawatannya ke Turki untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Pemimpin dari pelbagai negara termasuk China, Rusia, Jerman dan AS serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dan Suruhanjaya Eropah mengeluarkan kenyataan atau menyampaikan ucapan yang mengecam serangan tersebut.

Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan takziah kepada Hollande mengutuk keras serangan yang kejam itu, di samping menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Beliau turut menyatakan kesediaan pihak China untuk bekerjasama dengan Perancis dan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan dan melindungi keselamatan rakyat semua negara.  

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China