Cari:
Jepun Tidak Berhak Bangkitkan Isu kedaulatan Kepulauan Nansha
2015-11-14 17:01:40 CRI Cetak

Projek pembinaan China di sesetengah terumbu di Kepulauan Nansha adalah dalam ruang lingkup kedaulatan China, dan tidak menyasarkan mana-mana negara. Jepun tidak berhak untuk membangkitkan isu berkenaan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan akan membangkitkan isu berhubung projek pembinaan China di terumbu Kepulauan Nansha dalam beberapa persidangan antarabangsa yang bakal diadakan, termasuk Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20), Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan siri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

Ketika mengulas tentang hal ini, jurucakap itu berkata bahawa Jepun bukan negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan. Jepun pernah mencerobohi Kepulauan Nansha dan menyerahkan kembali pulau-pulau berkenaan kepada China selepas Perang Dunia II berakhir.

Negara-negara di luar rantau ini digesa supaya berhati-hati ketika mengambil tindakan atau membuat kenyataan dalam hal ini, serta menghormati usaha negara-negara serantau untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China