Cari:
China Sedia Terus Bantu Pembangunan Palestin
2015-11-14 17:02:12 CRI Cetak

China bersedia terus memberikan bantuan semampu boleh untuk menyokong pembangunan Palestin. Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ketika menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam.

Wang Yang dalam pertemuan itu berkata bahawa pembinaan bangunan Kementerian Luar Palestin merupakan program bantuan paling besar China di Palestin, dan juga saksi kepada persahabatan kedua-dua negara. China akan memberikan bantuan percuma tambahan sebanyak RMB 30 juta kepada Palestin, selain menawarkan 400 peluang latihan kepada pihak Palestin pada tahun depan.

Mahmoud Abbas merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan sumbangan China terhadap pembangunan sosioekonomi Palestin selama ini, di samping menyatakan keyakinan terhadap prospek kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi dan kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China