Cari:
EAS Bukan Wadah Sesuai Bincang Isu Laut China Selatan
2015-11-14 17:02:56 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan siri mesyuarat berkaitan yang bakal diadakan bukan wadah yang sesuai untuk membincangkan isu Laut China Selatan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Penasihat Presiden AS bagi keselamatan negara, Susan Rice baru-baru ini mendakwa bahawa isu Laut China Selatan akan menjadi pokok perbincangan semasa Presiden Barack Obama menghadiri EAS dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN pada minggu depan.

Sehubungan dengan itu, Hong berkata sebagai platform penting yang menumpu kepada kerjasama dan pembangunan serantau, EAS tidak sesuai dijadikan wadah bagi membincangkan tersebut.

Jurucakap itu turut menggesa negara berkenaan menghormati usaha China dan negara-negara ASEAN untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan, dan menunaikan janjinya supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menegangkan situasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China