Cari:
Hasil Siasatan Awal Serangan di Paris Diumumkan
2015-11-15 15:55:37 CRI Cetak

Sebanyak tujuh pengganas berjaya dibunuh, dengan tiga daripadanya ditembak mati oleh polis di Dewan Konsert Bataclan dalam kejadian serangan di Paris pada malam 13 November yang meragut 129 nyawa dan mencederakan 352 orang.

Pengarah Pendakwa Awam Paris, Francois Morin dalam sidang media semalam menyatakan bahawa polis menemukan sebuah pasport warga Syria di sebelah mayat pengganas yang melakukan serangan berani mati di luar Stadium Nasional Perancis.

Menurut Morin, siri serangan berkenaan mungkin dilancarkan oleh tiga kumpulan pengganas. Polis turut mengesahkan seorang warga Perancis yang dilahirkan pada tahun 1985 terlibat dalam serangan terhadap Dewan Konsert Bataclan.   

Menurut saksi, sebuah kereta dengan plat lesen Belgium diletakkan di luar Dewan Konsert Bataclan apabila serangan itu berlaku. Di samping itu, pihak polis telah menemui sebuah lagi kereta Belgium di lokasi berhampiran bar yang mengalami serangan tembakan. Sekumpulan penyerang dipercayai melarikan diri ke Belgium selepas melancarkan serangan.

Perdana Menteri Belgium, Charles Michel semalam berkata, polis Belgium yang menjalankan operasi memburu di Brussels, telah menangkap empat orang suspek yang disyaki terlibat dalam serangan di Paris.

Pelbagai negara Eropah termasuk Belgium dan Jerman turut meningkatkan langkah keselamatan bagi mencegah serangan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China