China mengambil pendirian yang adil dan objektif dalam isu Israel-Palestin dan berharap kedua-dua pihak bertenang bagi mengelakkan konflik daripada terus meruncing. Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ketika menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmuqaddis pada 13 November lalu.
Wang berkata bahawa Israel dan Palestin, selaku jiran, perlu mencari formula bagi menyelesaikan isu berkenaan melalui dialog.
Wang turut menyatakan kesediaan pihak China untuk mengintensifkan kerjasama dua hala dengan Israel.
Netanyahu pula berkata bahawa Israel tetap mengutamakan perkembangan hubungan dengan China, dan bersedia memperkasakan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi, industri pertanian dan kebudayaan.
Kata beliau, Israel bersedia untuk menamatkan konflik dengan Palestin menerusi saluran diplomatik.