Cari:
Syria Simpati kepada Paris
2015-11-15 17:03:12 CRI Cetak

Syria yang menjadi mangsa keganasan sejak lima tahun lalu lebih memahami kesusahan Perancis ketika mengalami serangan pengganas. Demikian dinyatakan oleh Presiden Syria, Bashar al-Assad semasa menemui rombongan Perancis yang terdiri daripada anggota parlimen, sarjana dan media di Damsyik semalam.

Bashar turut menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan tersebut serta keluarga mereka.

Kata beliau, kejadian serangan di Paris tidak boleh diasingkan dengan serangan berani mati di Beirut, Lubnan baru-baru ini, serta apa yang berlaku di Syria dan rantau ini sejak beberapa tahun lalu. Fahaman keganasan di seluruh dunia mempunyai punca yang sama, dan kumpulan pengganas tidak dapat dipisahkan mengikut kewarganegaraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China