Cari:
Xi: G20 Perlu Pacu Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2015-11-16 10:37:37 CRI Cetak

Misi utama Kumpulan 20 (G20) ialah memacu pertumbuhan ekonomi dunia. G20 bukan sahaja perlu menetapkan standard untuk mencapai pertumbuhan yang stabil pada masa ini, malah juga perlu menyelesaikan isu-isu utama bagi mencari mekanisme baharu dalam jangka masa panjang.

Hasil-hasil yang telah dicapai oleh G20 perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai konsensus yang baharu. Pelbagai negara anggota G20 diharap dapat menggembleng tenaga dalam menangani cabaran.

Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Xi Jinping, ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat fasa pertama Sidang Kemuncak ke-10 Pemimpin-Pemimpin G20.

Presiden Xi turut mengemukakan empat cadangan.

Pertama, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam dasar ekonomi makro.

Kedua, menggerakkan reformasi dan inovasi demi mendorong potensi pertumbuhan ekonomi dunia dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Ketiga, membina ekonomi dunia yang terbuka bagi merangsang kedinamikan perdagangan antarabangsa dan aktiviti pelaburan.

Keempat, melaksanakan agenda pembangunan mampan 2030 bagi menjana pembangunan yang adil dan inklusif.

Beliau menegaskan, China mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang sederhana tinggi pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China