Cari:
Xi Jinping Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin BRICS
2015-11-16 11:47:18 CRI Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Negara-negara BRICS diadakan di Antalya, Turki semalam.

Pemimpin yang hadir termasuk Presiden China, Xi Jinping, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Perdana Menteri India, Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan Presiden Brazil, Dilma Rousseff.

Kelima-lima pemimpin tersebut telah bertukar-tukar pendapat tentang usaha meningkatkan komunikasi dan penyelarasan antara negara BRICS dan bersama-sama mengatasi cabaran global.

Presiden China, Xi Jinping dalam mesyuarat itu telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Meneroka Peluang dan Mengatasi Cabaran".

Bagi meningkatkan peranan BRICS, Presiden Xi mengemukakan empat cadangan.

Pertama, menyediakan persekitaran luar yang baik bagi menjana pembangunan, dan bersama-sama membaiki tadbir urus ekonomi global.

Kedua, meningkatkan penyelarasan dan sokongan padu antara satu sama lain bagi mengatasi pelbagai cabaran global.

Ketiga, mendorong kerjasama antarabangsa yang saling menguntungkan dan menang-menang, dan bersama-sama mendorong hubungan rakan pembangunan global baharu.

Keempat, bersama-sama mengoptimumkan dan menaiktarafkan ekonomi demi mewujudkan pembangunan untuk jangka masa panjang, dan membina rantai nilai dan pasaran yang berkongsi faedah.

Beliau menegaskan, China bersedia untuk berkongsi peluang pembangunan dengan negara BRICS lain dan meningkatkan kerjasama ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China