Cari:
Wang Yi Seru Dunia Bentuk Barisan Antikeganasan
2015-11-16 14:45:18 CRI Cetak

China mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan keganasan yang berlaku di Paris dan menyokong usaha Perancis memelihara keselamatan dan kestabilan negara serta menentang keganasan.

Menteri Luar China, Wang Yi, menyatakan demikian ketika menghadiri jamuan tengah hari Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar G20 di Antalya, Turki semalam.

Beliau menyatakan China menyokong sebarang usaha untuk membanteras keganasan dan usaha itu tidak boleh dijalankan secara dwistandard.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan utama dalam usaha memerangi keganasan dan membentuk barisan antikeganasan.

Wang Yi menyatakan bahawa China juga adalah mangsa serangan keganasan, tindakan memerangi kumpulan Gerakan Islam Turkistan Timur perlu dilihat sebagai sebahagian komponen penting dalam usaha antikeganasan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China