Cari:
Identiti 103 Mangsa Serangan Paris Dikenal Pasti
2015-11-16 15:34:19 CRI Cetak

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls mengumumkan semalam, identiti 103 mangsa yang maut dalam siri serangan keganasan di Paris telah dikenal pasti dan siasatan terhadap kes tersebut telah menunjukkan kemajuan.

Menurut laporan TV BFM Perancis, selepas meninjau Pusat Pengurusan Krisis Kementerian Luar Perancis, Valls mendedahkan bahawa masih terdapat 20 hingga 30 mayat yang belum dikenal pasti identitinya.

Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve, menyatakan bahawa siri serangan yang berlaku di Paris dirancang di luar Perancis dan mendapat sokongan daripada individu yang berada di dalam negara.

Siasatan yang sedang dijalankan bersama-sama oleh polis Perancis dan Belgium telah mencapai kemajuan.

Pihak polis Perancis semalam menyeru orang ramai agar memberikan maklumat mengenai seorang suspek yang bernama Abdeslam Salah. Sebelum ini pihak polis Belgium juga telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap suspek tersebut.

Jabatan Pendakwaan Paris membuktikan bahawa seorang suspek warga Perancis yang dipercayai melancarkan serangan di dewan konsert Bataclan telah dikenal pasti identitinya, iaitu Ismail Omar Mustafa yang dilahirkan pada tahun 1985. Pada ketika ini, tujuh orang anggota keluarganya telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut perkembangan berkaitan, tiga lagi suspek kes ini terdiri daripada adik-beradik, seorang telah ditembak mati, seorang telah ditahan pihak polis dan seorang lagi berjaya melarikan diri.

Identiti ketiga-tiga suspek itu masih belum diketahui.

Menurut statistik terkini pihak berkuasa Perancis, siri serangan keganasan yang berlaku di Paris mengakibatkan 129 orang maut, manakala 352 lagi cedera, antaranya 99 orang cedera parah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China