Cari:
Penggunaan Penjana Ekonomi China
2015-11-16 15:43:32 CRI Cetak

Pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) menyatakan pada minggu lalu bahawa China akan memacu pertumbuhan industri pengeluaran, dan mendorong penggunaan dan pembekalan baharu untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan, menyusun semula serta menaiktarafkan pertumbuhan ekonomi.

Mesyuarat eksekutif Dewan Negara baru-baru ini telah membahaskan dan meluluskan dua cadangan yang berkaitan. Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu, Lin Nianxiu menyatakan, dua cadangan tersebut dipercayai akan meningkatkan efisiensi serta menyusun semula dan menaiktarafkan ekonomi. Selain itu, cadangan itu merupakan langkah yang penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menambah peluang kerja. Sepuluh bidang akan dijadikan fokus usaha membangunkan perkhidmatan yang berkaitan dengan hidup rakyat. Beliau berkata, "Dokumen berkenaan berkait rapat dengan hidup rakyat dan melibatkan sepuluh bidang termasuk rumah tangga, kesihatan, persaraan, pelancongan, sukan, budaya, undang-undang, penjualan borong dan runcit, perhotelan dan restoran, serta latihan pendidikan. Kerajaan telah menetapkan sasaran pembangunan dalam sepuluh bidang tersebut."

Penggunaan, salah satu enjin utama pertumbuhan ekonomi, akan terus diperkasakan melalui langkah meningkatkan bekalan dan inovasi institusi berkenaan, serta membaiki persekitaran penggunaan dan mengoptimumkan sistem dasar. Lin berkata, "Oleh sebab wujudnya sekatan dari segi mekanisme dan pelbagai halangan lain, sebahagian industri perkhidmatan dan industri baru muncul termasuk pendidikan, perubatan, kebudayaan dan persaraan sukar untuk membangun secara komprehensif dan bersaing dengan baik. Kerajaan perlulah menangani isu tersebut."

Menurut statistik, jumlah penggunaan penduduk China di luar negeri mencatat RMB 1 trilion (RM 62.5 bilion) pada tahun 2014. Perbezaan harga dan kualiti menjadi punca fenomena tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan NDRC, Xu Lin berkata, "China akan mempermudah saluran import dengan membuka lebih banyak kedai bebas cukai untuk membolehkan rakyat dan pelancong asing membeli barang-barang import di China."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China