Cari:
Chong Wei Ungguli Terbuka China
2015-11-16 15:48:10 CRI Cetak

Datuk Lee Chong Wei membuktikan kehebatannya apabila mengalahkan pemain nombor 1 dunia, Chen Long, untuk meraih kejuaraan pertamanya dalam kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka China dalam perlawanan akhir yang kelihatan agak mudah baginya di Fuzhou semalam.

Kemenangan 21-15 dan 21-11 itu menyaksikan Chong Wei, 32, bukan sahaja akan membaiki pencapaian daripada kedudukan kesembilan pada ketika ini, malah mengekori jejak langkah isterinya, Datin Wong Mei Choo, yang pernah merangkul kejuaraan dalam kejohanan yang sama pada 2007.

Kali terakhir Chong Wei me­numpaskan bintang China itu adalah semasa Terbuka India pada April tahun lalu, dan kejayaan kali ini merupakan kemena­ngannya yang ke-10 daripada 22 pertemuan dengan Chen Long.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China