Cari:
APEC Manila Tumpukan Integrasi Ekonomi Serantau
2015-11-17 14:43:45 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-23, yang membawa pelbagai topik semasa untuk perbincangan umum, antara lain integrasi ekonomi, akan membuka tirainya di Manila, ibu negara Filipina, esok.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Membina Ekonomi yang Inklusif, Membina Dunia yang Lebih Baik" ini lebih menfokuskan kepada integrasi ekonomi serantau, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penerokaan sumber modal insan dan pertumbuhan lestari.

"Inklusif" dianggap sebagai kata kunci pada sidang kali ini. Ahli ekonomi dari Universiti Teknologi Sydney (UTS), James Laurenceson berpendapat, "inklusif" besar maknanya bagi pelbagai entiti ekonomi di kalangan APEC. Kata beliau, pada masa dahulu, entiti ekonomi berkenaan lebih menfokuskan kepada kadar pertumbuhan ekonomi, dan kurang mengambil berat terhadap pengagihan keuntungan antara kalangan yang miskin dan yang kaya serta penduduk bandar dan luar bandar. Namun, Pada masa ini, yang menjadi keutamaan adalah membolehkan rakyat menikmati hasil pembangunan ekonomi.

Dalam konteks rundingan pusingan Doha Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang terbantut, Sidang Kemuncak APEC tahun lepas mengumumkan keputusan untuk memulihkan proses membina Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Asia Pasifik. Sidang tahun ini akan menggerakkan pelaksanaan peta garisan berhubung FTA tersebut di samping menyiapkan kajian strategik berkenaan menjelang penghujung tahun ini.

Cetak biru untuk membina jaringan kesalinghubungan di Asia Pasifik adalah satu hasil penting yang dicapai pada sidang kemuncak berkenaan di Beijing tahun lalu. Timbalan Menteri Luar Filipina, Laura del Rosario menyatakan bahawa sidang APEC di Manila kali ini akan mewarisi hasil dahulu dan memperluas kesalinghubungan di rantau ini.

Dimaklumkan, Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri sidang kemuncak kali ini dan menyampaikan ucaptama, serta membicarakan prospek pembangunan Asia Pasifik bersama-sama dengan pemimpin anggota-anggota APEC lain. Pihak-pihak terlibat akan mengamalkan semangat menang-menang untuk membina perkongsian yang menghadapi masa depan dan membuka lembaran kerjasama yang baharu berdasarkan persepakatan Sidang APEC Beijing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China