Cari:
Pelaburan Langsung Luar Negara China Meningkat 16.3 Peratus
2015-11-17 14:56:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelabur domestik China telah membuat pelaburan langsung bukan kewangan berjumlah RMB 589.2 bilion (RM 404.8 bilion) terhadap 5,553 buah syarikat di 152 buah negara atau kawasan dari Januari hingga Oktober lalu. Angka ini meningkat 16.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelaburan Luar dan Kerjasama Ekonomi Kementerian Perdagangan China, Jiang Wenbin baru-baru ini.

Menurut anggaran Kementerian Perdagangan, Pelaburan Langsung Luar Negara China mencatat RMB 49 bilion (kira-kira RM 33.6 bilion), meningkat 14.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Jiang berkata, jumlah projek kontrak asing China juga semakin bertambah secara berterusan.

Pada bulan Januari hingga Oktober tahun ini, terdapat 307 projek kontrak luar yang setiap satu nilainya melebihi 100 juta US dolar (kira-kira RM 437 juta) telah ditandatangani, angka ini meningkat 39 berbanding dengan tahun 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China