Cari:
China Tuan Rumah Sidang Kemuncak G20 Tahun 2016
2015-11-17 10:48:30 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) ke-10 yang diadakan di Antalya, Turki memasuki sesi kedua semalam.

Presiden China, Xi Jinping, dalam sidang semalam mengumumkan China akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 tahun 2016 dan turut mengemukakan beberapa idea mengenai sidang tersebut.

Menurut beliau, China akan menganjurkan Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-11 di Hangzhou pada 4 hingga 5 September 2016.

Berdasarkan situasi semasa dunia dan harapan pelbagai pihak, China menetapkan tema sidang itu sebagai "membina ekonomi dunia yang inovatif, dinamik, bergantung dan inklusif".

Kerja-kerja persiapan China akan tertumpu kepada empat bidang, iaitu mencari kaedah pertumbuhan yang baharu, menyempurnakan tadbir urus ekonomi dan kewangan global, menggalakkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa, serta mendorong pembangunan yang saling bergantung dan inklusif.

Pemimpin-pemimpin negara yang menghadiri sidang semalam menyatakan sokongan terhadap China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak pada tahun depan dan bersetuju dengan tema sidang tersebut dan kerja-kerja persiapan yang akan dilakukan oleh China.

Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-10 telah berakhir semalam dengan meratifikasikan Deklarasi Sidang Kemuncak G20 Antalya dan Kenyataan Sidang Kemuncak G20 Antalya Mengenai Isu Antikeganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China