Cari:
Putin Sokong Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik
2015-11-17 15:18:15 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin yakin penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik membantu menggalakkan liberalisasi perdagangan rantau Asia Pasifik.

Laman web Presiden Rusia telah menyiarkan rencana Putin mengenai pembangunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini.

Putin dalam rencananya mengatakan, daripada perspektif keseluruhan, penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik dapat menyediakan suasana yang kondusif kepada perkembangan perdagangan dan pelaburan, dapat menghapuskan sekatan perdagangan dan berfaedah demi mendorong liberalisasi perdagangan di rantau Asia Pasifik.

Putin menyatakan bahawa hal yang lebih penting dalam menubuhkan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik adalah mempertimbangkan keadaan dan kepentingan setiap entiti ekonomi di rantau berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Peta Garisan Dorong Pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik yang diluluskan sempena Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-22 di Beijing telah memainkan peranan yang amat penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China