Cari:
Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik demi Integrasi Ekonomi Serantau
2015-11-18 11:21:46 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 diadakan di Manila, Filipina pada 16 dan 17 November lalu.

Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen telah menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan mengenai usaha mendorong integrasi ekonomi serantau dan menggalakkan pertumbuhan inklusif.

Wang Shouwen dalam ucapannya menyatakan bahawa penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik adalah kaedah penting bagi mewujudkan integrasi ekonomi serantau.

Sehubungan dengan itu, semua negara angggota APEC perlulah memperkasakan pelaksanaan Peta Garisan Beijing APEC Bagi Galakkan Pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik yang dicapai dalam mesyuarat APEC tahun lalu di Beijing.

Pada bulan Mei lalu, kumpulan penyelidikan strategi bersama telah ditubuhkan untuk menyediakan draf mekanisme dan dokumen yang berkenaan.

Langkah ini telah membina dasar yang kukuh agar laporan penyelidikan dan pendapat mengenai dokumen strategi bersama dapat diserahkan kepada pemimpin APEC menjelang penghujung tahun 2016.

Wang Shouwen menyatakan bahawa China dengan tegas menyokong sistem perdagangan multilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China