Cari:
Mesyuarat Menteri-Menteri APEC Fokuskan Kualiti Pertumbuhan Ekonomi
2015-11-18 14:11:21 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 berakhir di Manila, Filipina semalam dengan mengeluarkan resolusi bersama yang menunjukkan komitment pelbagai negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Resolusi tersebut menyatakan akan terus giat menggalakkan integrasi ekonomi serantau bagi mendorong pertumbuhan ekonomi, di samping membantu syarikat sederhana dan kecil meneroka pasaran serantau dan global.

Resolusi tersebut juga menggesa peningkatan pelaburan dalam modal insan.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu berakhir, Menteri Luar Filipina selaku Pengerusi mesyuarat, Albert F. del Rosario menyatakan bahawa pelbagai delegasi telah mencapai konsensus mengenai Rangka Kerjasama Industri Perkhidmatan APEC dan Strategi APEC demi Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi Yang Berkualiti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China