Cari:
Xi:Kerajaan Pusat Sokong HK Kembangkan Ekonomi
2015-11-19 10:26:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying yang turut menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di Manila petang semalam.

Xi menyatakan kerajaan wilayah Hong Kong memfokuskan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong. Kerajaan pusat menyokong kerja-kerja yang dilakukan oleh ketua eksekutif dan kerajaan Hong Kong.

Xi berkata, kerajaan wilayah Hong Kong diharap dapat memimpin pelbagai lapisan masyarakat tempatan agar menggerakkan konsensus pembangunan, berusaha memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, menggalakkan keharmonian, di samping mengambil peluang pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-13 dan pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R), sekali gus mendorong pembangunan Hong Kong dalam jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China