Cari:
China Kutuk Tindakan IS Bunuh Tebusan Warga China
2015-11-19 12:10:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping yang sedang menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di Manila hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes tebusan warga China yang dibunuh oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).

Xi berkata, China mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman IS tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga mangsa.

Beliau berkata, keganasan merupakan musuh bagi seluruh umat manusia. China dengan tegas menentang keganasan dalam apa-apa jua bentuk dan bersungguh-sungguh dalam membanteras jenayah keganasan yang mencabar ketamadunan manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China