Cari:
Ucapan Xi Perlihat Komitmen APEC Perkasa Kerjasama
2015-11-19 16:14:31 CRI Cetak
Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri sidang kemuncak pemimpin industri dan perdagangan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semalam menyampaikan ucaptama yang membentangkan pandangan dan rancangan China berkaitan situasi ekonomi global yang merosot pada ketika ini. Ucapan Xi mengeluarkan isyarat positif untuk memperkasakan kerjasama serantau dan memperlihatkan pendekatan China yang komited untuk mengatasi kemerosotan ekonomi dunia.

Pertumbuhan ekonomi sejagat kini lebih rendah daripada yang dijangkakan, manakala pemulihan ekonomi tetap kurang mapan dan tidak menentu. Menurut Presiden Xi, entiti-entiti ekonomi di rantau Asia Pasifik perlu memikul tanggungjawab masing-masing, berganding bahu, memperkasakan pembaharuan dan inovasi, membina ekonomi yang terbuka, melaksanakan agenda pembangunan serta meningkatkan kesalinghubungan.

CEO Syarikat Oceana Gold Australia, Mick Wilkes yang turut berpendapat bahawa ucapan Xi telah memberikan isyarat positif, berkata,

"Beliau memberikan perhatian yang tinggi terhadap tadbir urus persekitaran sejagat dan pewujudan pembangunan yang berterusan. Ini amat penting bagi masa depan seluruh dunia."

Ekonomi China agak menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Presiden Xi telah memperkenalkan konsep dan langkah-langkah yang akan diambil oleh China dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-13. Menurutnya, berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi global yang lembap dan usaha China mentransformasikan ekonominya, China menyaksikan pertumbuhan yang mencatat 6.9% pada tiga suku pertama tahun ini, di samping menyumbang kira-kira 30% pertumbuhan ekonomi dunia. Mick berkata,

"Pertumbuhan yang berterusan amat mustahak, kerana yang penting dalam pertumbuhan ekonomi bukanlah kadar yang lebih tinggi semata-mata. Pertumbuhan yang stabil bermanfaat bagi China dan seluruh dunia."

Dalam ucapannya, Presiden Xi turut berkongsi kemajuan projek-projek kerjasama multilateral yang penting seperti Tabung Laluan Sutera dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Tokoh bidang kewangan Filipina, Stephen Sieh berkata,

"Rantau Asia Pasifik mempunyai keperluan yang tinggi terhadap pembiayaan bagi pembinaan infrastruktur. AIIB akan bermanfaat bagi negara-negara berkenaan, termasuk Filipina."

Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Teo Siong Seng berkata,

"Saya yakin, dengan pelaksanaan dasar-dasar dan projek kerjasama berkenaan yang tepat pada masanya, China mampu mengetuai negara-negara di dunia mengatasi kemerosotan ekonomi sejagat."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China