Cari:
IS Bunuh Tebusan Warga China dan Norway
2015-11-19 11:19:07 CRI Cetak

Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam mengumumkan pihaknya telah membunuh seorang tebusan warga China dan seorang warga Norway.

IS menyiarkan gambar kedua-dua tebusan tersebut melalui majalah dalam talian, Dabiq, semalam.

Namun, majalah itu tidak mendedahkan nama kedua-dua tebusan tersebut.

Sebelum ini, IS pernah memberitahu pihaknya telah menculik seorang lelaki dari Beijing, Fan Jinghui dan Ole Johan Grimsgaard-Ofstad dari Norway.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, hari ini menyatakan bahawa China terkejut apabila mengetahui berita berkenaan dan akan memastikan kesahihan maklumat tersebut.

Tambah Hong Lei lagi, usaha kerajaan China untuk menyelamatkan tebusan tidak pernah berhenti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China