Lapan suspek yang terlibat dalam siri serangan keganasan Paris berjaya diberkas dalam operasi memburu suspek yang dilakukan sepasukan tentera Perancis di kawasan St. Denis, pinggir Paris.
Namun, suspek yang disyaki menjadi dalang dalam serangan itu, Abdelhamid Abaaoud dan suspek yang dipercayai turut terlibat, Salah Abdeslam tidak ditemukan.
Berita ini diumumkan Pendakwa Raya Paris, Francois Molins dalam sidang media malam semalam.
Menurut Molins, pihak polis telah mendapat maklumat mengenai Abdelhamid Abaaoud yang berada di wilayah Perancis pada 16 November lalu dan turut dimaklumkan tentang sebuah apartmen yang dipercayai menjadi sarang persembunyian kumpulan pengganas tersebut di St. Denis.
Maka, pihak polis telah memutuskan untuk melancarkan operasi tersebut.