Cari:
Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-23 di Manila
2015-11-19 18:54:13 CRI Cetak

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-23 diadakan di Manila hari ini. Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri sidang itu dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Intensifkan Hubungan Rakan dan Bersama-sama Galakkan Kemakmuran Asia-Pasifik.Beliau menegaskan Asia-Pasifik adalah lokomitif untuk memacu ekonomi dunia. Kita perlu melihat APEC sebagai wadah yang penting untuk memperkasakan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang agar Asia-Pasifik dapat terus meneraju pertumbuhan ekonomi dunia.
Xi Jinping menegaskan bahawa kita perlu berpandangan jauh dan menyempurkan rangka strategik kerjasama Asia-Pasifik dalam jangka sederhana dan panjang. Kita akan menggalakkan integrasi dan membangunkan ekonomi Asia-Pasifik yang bersifat terbuka. Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik diharap dibina dengan secepat mungkin di samping menggalakkan kesalinghubungan. China dan beberapa negara berkenaan sedang giat membina Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) sedang giat dilaksanakan. China bersedia terus memberikan sumbangan kepada pembinaan kemampuan APEC.

Xi menegaskan, China akan mempergiat kerjasama yang saling menguntungkan dan kesalinghubungan dengan negara-negara di rantau Asia Pasifik untuk memelihara persekitaran pembangunan yang damai dan stabil.Usul Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-13 akan menggalakkan pembangunan yang bersifat inovatif, berkoordinasi, terbuka dan saling berkongsi. China mempunyai tekad, keyakinan dan keupyaaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi secara berterusan dan sihat, yang membawa lebih banyak peluang dan faedah kepada rantau Asia Pasifik.Beliau dalam ucapannya berkata, APEC patut menerajui pembangunan inklusif di rantau Asia Pasifik.Pemimpin-pemimpin anggota APEC menyatakan, pelbagai entiti ekonomi di Asia Pasifik patut komited untuk membina keluarga besar Asia Pasifik yang stabil, integrasi dan harmoni. Pihak-pihak berkenaan menggalakkan proses pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik berdasarkan Peta Garisan Beijing, beriltizam untuk menyusun semula struktur, mencari penjana pertumbuhan yang baharu demi mewujudkan keseimbangan dan pembangunan mampan.

Deklarasi Mesyuarat Tidak Rasmi APEC ke-23 turut dikeluarkan dalam mesyuarat kali ini.

Sebelum sidang itu diadakan, para pemimpin bergambar bersama-sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China