Cari:
Adele Tolak Penstriman Album Baharu
2015-11-20 15:32:57 CRI Cetak

Jika anda peminat Adele dan bercadang untuk mendengar lagu-lagu daripada album terbaharunya yang berjudul "25" melalui aplikasi penstriman muzik, anda pasti akan berasa kecewa.

Hal ini disebabkan penyanyi Britain tersebut dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak meletakkan lagu-lagu daripada album berkenaan di mana-mana aplikasi, seperti Spotify dan Apple Music.

Sekarang, hanya single pertama daripada "25", Hello sahaja yang boleh didapati melalui aplikasi penstriman muzik.

Adele menjadi penyanyi ketiga bertindak sedemikian, selepas Beyonce dan Taylor Swift.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China