Cari:
Dalang Serangan Keganasan Paris Ditembak Mati
2015-11-20 10:53:42 CRI Cetak

Pihak pendakwa raya Perancis semalam mengumumkan bahawa dalang utama serangan keganasan Paris telah ditembak mati dalam operasi memburu suspek kelmarin.

Dalang serangan berdarah di Paris, Abdelhamid Abaaoud disahkan terbunuh dalam serbuan polis Perancis di sebuah apartmen di St. Denis, pinggir Paris, kata Pendakwa Raya Paris, Francois Molins melalui pengumuman semalam. Beliau dalam sidang media malam tadi berkata, warga Belgium keturunan Maghribi tersebut telah melakukan pelbagai serangan ganas di Eropah.

Dewan Rakyat Perancis telah meluluskan usul untuk memanjangkan tempoh darurat selama tiga bulan. Senat Perancis pula akan membahaskan usul tersebut pada 20 November.

Pada hari yang sama, Belgium mengumumkan 18 langkah untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan membasmi ancaman keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China