Cari:
UNSC Kutuk Tindakan IS Bunuh Tebusan
2015-11-20 11:04:11 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam kenyataan media mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman kumpulan militan Negara Islam (IS) yang membunuh tebusan warga China dan Norway.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa tindakan IS itu menunjukkan imej keji dan penakut mereka, sekali gus menggambarkan kekejaman mereka.

UNSC menyempaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta kerajaan China dan kerajaan Norway.

UNSC menegaskan bahawa pengganas semestinya dijatuhkan hukuman.

Sehubungan dengan itu, UNSC menggesa negara-negara lain agar bekerjasama dengan China dan Norway dalam usaha memburu pengganas.

UNSC mengulangi lagi masyarakat antarabangsa perlu mengambil segala usaha untuk memerangi keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China