Cari:
Pertemuan Perdana Menteri China, India
2015-11-21 14:40:44 CRI Cetak

 Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya dari India, Narendra Modi pagi tadi di Kuala Lumpur, Malaysia.

Li berkata, sebagai dua negara membangun yang terbesar di dunia, China dan India mempertingkatkan kesalingpercayaan dan kerjsama bilateral bukan sahaja dapat memangkin pertumbuhan ekonomi dunia, malah juga bermanfaat untuk memelihara keamanan, perkembangan dan kemakmuran rantau Asia bahkan dunia.

Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan India untuk membantu pembinaan Koridor Ekonomi Bangladesh, China, India and Myanmar membuahkan hasil yang awal.

Beliau menegaskan bahawa China juga bersedia bersama dengan India meningkatkan koordinasi urusan multilateral untuk menangani cabaran globalisasi termasuk ancaman kegasanan.

Modi berkata, hubungan India dan China berkembang baik berikutan kesalingpercayaan politik dan komunikasi strategik serta kerjasama perdagangan dan pelaburan terus diperkasakan. Negaranya bersedia bersama-sama dengan China untuk mencapai kemajuan baharu dalam kerjasama dua hala agar memacu pertumbuhan ekonomi Asia bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China