Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Australia, Malcolm Turnbull mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur petang tadi. Li mengumumkan, China akan memperuntukkan dana sebanyak AUD 20 juta (RM 62 juta) untuk operasi mencari pesawat MH370 yang melibatkan pelbagai negara. China berharap pihak Malaysia dan Australia supaya meneruskan operasi mencari itu, di samping mengekalkan koordinasi dengan China.