Cari:
Tiga Warga China Terbunuh dalam Serangan Mali
2015-11-21 13:56:50 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan yang berlaku di Hotel Radisson Blu di Bamako, ibu negara Mali semalam, antaranya termasuk tiga warga China.

Menurut saksi, pada kira-kira pukul 7.00 Jumaat lalu waktu tempatan, sekumpulan penyerang bersenjata menaiki sebuah kereta yang menggunakan nombor pendaftaran diplomatik tiba di hotel itu dan melepaskan tembakan ke arah penjaga keselamatan hotel itu, kemudian menyerbu masuk hotel. Menurut laporan berkenaan, kira-kira 170 pelancong dan pekerja di hotel itu ditahan sebagai tebusan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keselamatan Mali, Salif Traore berkata, pasukan khas Mali mula melancarkan operasi menyelamat pada pukul 9.00 pagi dan turut mendapat sokongan daripada pasukan khas Perancis dan AS.

Kumpulan pengganas Gerakan Merdeka Nasserism mengakui melancarkan serangan tersebut melalui Twitter.

Kementerian Luar China mengesahkan, tiga warga China terbunuh dalam serangan itu, manakala empat lagi warga China diselamatkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya, mengutuk keras serangan keganasan yang berlaku di Mali itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China