Cari:
China Kutuk Serangan Keganasan di Mali
2015-11-21 13:59:52 CRI Cetak

China mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas di Mali yang mengakibatkan tiga warga China terkorban. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei hari ini.

Hong berkata bahawa serangan tersebut mengakibatkan 27 orang terbunuh termasuk tiga warga China, dan empat lagi warga China diselamatkan. China mengucapkan rasa takziah kepada mangsa yang terkorban dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mereka.

Menurut beliau, selepas kejadian itu berlaku, pemimpin China segera mengeluarkan arahan, di samping Kementerian Luar dan kedutaan China di Mali segera menggerakkan mekanisme kecemasan untuk menyelaras operasi menyelamat tebusan.

Hong Lei menyatakan bahawa kerajaan China akan terus meningkatkan kerjasama dengan mesyarakat antarabangsa dan memelihara keselamatan dan hak dan kepentingan yang sah warga China dan institusi China di seberang laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China