Cari:
Pertemuan Tahunan Perdana Menteri China dan Australia di Kuala Lumpur
2015-11-21 18:17:25 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Australia, Malcolm Turnbull mengadakan pertemuan tahunan perdana menteri kedua-dua negara di Kuala Lumpur petang tadi.

Li Keqiang menyatakan bahawa dalam situasi baharu, China bersedia bersama-sama dengan Australia meningkatkan kesalingpercayaan politik, meluaskan kerjasama yang saling menguntungkan, dan menangani perselisihan dengan sempurna, demi mendorong perkembangan hubungan bilateral ke tahap baharu.

Li menganggap bahawa China dan Australia mempunyai prospek kerjasama yang cerah. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Australia menguatkuasakan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Australia menjelang penghujung tahun ini serta menjalankan kerja susulan dalam pelaksanaan perjanjian itu. China berharap kedua-dua negara meningkatkan taraf pelaburan antara satu sama lain.

Trunbull pula menyatakan bahawa penandatanganan perjanjian perdagangan bebas itu merupakan langkah yang penting dalam mengembangkan hubungan dua hala dan mendatangkan faedah yang sebenar kepada kedua-dua negara. Australia bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, berusaha meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu untuk memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China