Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, persediaan itu sangat penting bagi Chong Wei untuk menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia di temasya sukan empat tahun sekali itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Polo Terbuka Malaysia di Taman Ekuestrian Putrajaya pada 22 November lalu.
Mohamad Norza sebelum itu diminta menggulas kejayaan Chong Wei menjuarai Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong yang diadakan pada 22 November lalu.
Chong Wei meraih juara Terbuka Hong Kong, gelaran peribadinya yang keempat dan gelaran kelimanya musim ini sejak kembali ke gelanggang selepas bebas daripada penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping Mei lalu.
- Bernama