Penyanyi kelahiran Britain, Adele telah melancarkan album ketiganya, "25" pada 21 November lalu.
'25' dilabelkan sebagai album yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan majalah Billboard menjangkakan album itu akan mencecah jualan 2.5 juta pada minggu pertama.
Kali terakhir sebuah album berjaya dijual sebanyak itu pada minggu pertama adalah pada tahun 2000, iaitu album No Strings Attached oleh kumpulan NSYNC.
Susulan pelancaran rasmi itu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif.
Nampaknya, album terbaharu Adele telah disambut meriah oleh peminat-peminatnya.
Menurut mereka, semua lagu di dalam album 25 itu cukup bagus dan penuh emosi.