Cari:
Iran Setuju Ubah Suai Reaktor Nuklearnya
2015-11-24 14:09:49 CRI Cetak

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyambut baik "dokumen rasmi" mengenai pengubahsuaian reaktor air berat di Arak yang dimeterai oleh enam negara berkaitan isu nuklear Iran, iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman (P5+1) dengan Iran.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner dalam kenyataan semalam berkata, dokumen tersebut dianggap sebagai satu langkah penting bagi Iran dalam melaksanakan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang sebelum ini dicapai antara Teheran dengan P5+1.

Menurut Toner, tindakan Iran mereka bentuk semula dan melakukan modifikasi terhadap reaktor air beratnya dapat menghilangkan kebimbangan AS mengenai kebarangkalian Teheran memperoleh senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China