Presiden China, Xi Jinping akan menyerikan majlis perasmian Persidangan Pelbagai Pihak ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris, Perancis pada 30 November ini.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang hari ini mengumumkan, kehadirian Presiden Xi itu adalah atas undangan rakan sejawatnya dari Perancis, François Hollande dan pengerusi persidangan tersebut, Laurent Fabius.