Cari:
Perancis Tingkatkan Keselamatan Negara
2015-11-26 14:55:55 CRI Cetak

Seramai 11,000 anggota polis ditugaskan untuk menjamin keselamatan negara sepanjang sesi Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis pada akhir bulan ini.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve dalam sidang media semalam mengumumkan langkah tersebut susulan serangan keganasan pada 13 November lalu.

Menurut beliau, disebabkan ancaman keselamatan negara kini berada pada tahap yang amat kritikal, Perancis perlu bertindak sedemikian untuk memastikan kelancaran dan kejayaan persidangan berkenaan.

Dimaklumkan, seramai 8,000 anggota polis dikerahkan untuk mengawal kawasan sempadan, manakala 2,800 anggota lagi menjalankan tugas di lokasi persidangan.

Sebelum ini, Pejabat Presiden Perancis berkata, seramai 138 ketua negara telah mengesahkan kehadiran di persidangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China