Cari:
Obama: AS Lakukan Pelbagai Usaha Pastikan Keselamatan Negara
2015-11-26 15:01:26 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberikan jaminan kepada rakyatnya yang akan melakukan perjalanan bersempena dengan cuti hujung tahun, bahawa mereka tidak akan menghadapi sebarang ancaman serangan pengganas.

Obama semasa bercakap dalam sidang media di Washington semalam berjanji bahawa pihak berkuasa akan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan negara itu dalam keadaan yang selamat.

Susulan jaminan presiden tersebut, kewaspadaan tentera serta tahap pengurusan terhadap sebarang ancaman oleh agensi perisikan dan jabatan keselamatan tanah air akan ditingkatkan.

Fobia dalam kalangan rakyat AS semakin menjadi-jadi berikutan serangan keganasan yang mengorbankan seramai 130 orang di Perancis pada 13 November lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China