Cari:
Ankara Enggan Minta Maaf, Moscow Balas Dendam
2015-11-27 14:37:42 CRI Cetak

Ankara dan Moscow terus menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain berhubung dengan kejadian menembak jatuh jet pejuang jenis Su-24 milik Rusia, Selasa lalu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam wawancara dengan CNN di Ankara semalam, melemparkan kata-kata yang jelas dan tegas bahawa negaranya tidak akan meminta maaf kepada Rusia atas insiden tersebut kerana jet pejuang Rusia telah menceroboh ruang udara Turki.

Erdogan menegaskan bahawa jika ada pihak yang harus meminta maaf, itu bukanlah mereka. Yang menceroboh ruang udara Turki adalah pihak yang harus meminta maaf.

Beliau juga menafikan dakwaan Russia bahawa negaranya membeli minyak daripada kumpulan militan Negera Islam (IS) sambil menegaskan perjuangan menentang IS tidak boleh dipertikaikan.

Sebelum ini, Turki menyiarkan rakaman audio yang ditujukan kepada jet pejuang jenis Su-24 berkenaan, selepas Rusia menuduh Turki tidak memberikan sebarang amaran kepada juruterbangnya.

Rakaman tersebut menyebut, "Ini adalah Tentera Udara Turki. Anda menghampiri ruang udara Turki. Ubah haluan anda ke selatan sekarang".

Dilaporkan bahawa Turki telah memberikan amaran sebanyak sepuluh kali dalam masa lima minit kepada jet Rusia itu untuk berpatah balik.

Keengganan Erdogan untuk meminta maaf telah menimbulkan kemarahan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Selain mengutuk tindakan Ankara yang melanggar undang-undang antarabangsa, Putin juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan rakan sejawatnya dari Turki itu yang menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Oleh itu, Rusia terus mempamerkan kekuatan tenteranya dengan melengkapkan sistem pertahanan udara ke utara Syria, lokasi berdekatan dengan sempadan Turki, sekali gus memberikan amaran kepada pelancong agar tidak melawat ke Turki kerana Putin sedang mencari jalan untuk membalas dendam berikutan kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan yang terkini, Moscow mengetatkan lagi import barangan makanan dari Turki.

Kementerian Pertanian Rusia mendapati sekitar 15 peratus import dari Turki tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.

Sementara itu, menurut arahan Presiden Putin, perjanjian yang dimeterai kedua-dua negara itu serta program pelaburan akan digantung atau dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China