Cari:
Putin, Hollande Setuju Selaras Serangan terhadap IS
2015-11-27 16:47:03 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande dan Presiden Russia, Vladimir Putin bersetuju untuk menyelaraskan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Selepas bertemu dengan rakan sejawatnya dari Perancis itu di Kremlin, Putin berkata bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk bertukar-tukar maklumat bagi membantu mengenal pasti sasaran IS di Syria, iaitu wilayah yang diduduki kumpulan pengganas, bukannya militan yang berjuang dengan pengganas dan akan mengelak daripada melancarkan serangan udara terhadap mereka.

Persetujuan bagi menumpukan sasaran IS adalah kemajuan paling penting dalam usaha diplomasi Hollande untuk menyusun pakatan lebih luas bagi menghancurkan IS selepas serangan di Paris pada 13 November lalu.

Namun, pemimpin Perancis itu gagal mendapatkan persetujuan Putin bagi membantu pakatan yang diketuai AS dalam serangan udara terhadap IS di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China