Cari:
Moscow Lancarkan Sekatan Ekonomi terhadap Ankara
2015-11-28 14:38:43 CRI Cetak

Moscow bertindak balas dengan melancarkan sekatan ekonomi ke atas Ankara susulan insiden sebuah jet pejuang jenis Su-24 milik Rusia ditembak jatuh Turki, Selasa lalu.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev dalam kenyataan semalam berkata, walaupun Moscow tidak akan mengambil sebarang tindakan ketenteraan terhadap Turki, tetapi beliau telah mengarahkan satu sistem tindak balas yang menyasarkan bidang ekonomi dan kemanusiaan Ankara.

Katanya, sistem tersebut yang akan disiapkan dalam tempoh dua hari, melibatkan penangguhan projek kerjasama ekonomi, menyekat transaksi kewangan dan perdagangan serta menukar duti kastam.

Langkah-langkah tersebut dijangka turut melibatkan sektor ekonomi dan pelancongan selepas Presiden, Vladimir Putin menyarankan rakyatnya agar tidak melancong ke Turki.

Malah, Kementerian Luar Rusia menggesa rakyatnya yang berada di Turki agar pulang ke tanah air ekoran ancaman kumpulan pengganas yang wujud di republik ber­kenaan.

Dalam pada itu, Menteri Ekonomi, Alexei Ulyulayev berkata, dua projek besar antara Moscow dengan Ankara iaitu pemasangan laluan paip gas Turk Stream dan pembinaan loji nuklear Akkuyu mungkin terjejas disebabkan langkah sekatan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, portal Al Jazeera melaporkan, polis Rusia menyerbu dan menggantung syarikat milik Turki di beberapa wilayah di negara ini.

Selain itu, trak dari Turki yang membawa barangan eksport dia­rahkan berpatah balik apabila tiba di sempadan Rusia dan pelancong Turki turut ditahan untuk tujuan pemeriksaan walaupun tidak memerlukan visa bagi memasuki negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China