Cari:
PBB: Bertindak Segera Tangani Perubahan Iklim
2015-11-28 14:43:28 CRI Cetak

Pihak-pihak terbabit yang akan menghadiri Persidangan Pihak Pemeterai ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris, bermula 30 November hingga 11 Disember nanti, digesa supaya jangan melepaskan kesempatan yang berharga ini untuk mencapai satu perjanjian yang "efektif dan bercita-cita tinggi".

Gesaan itu dibuat oleh Setiausha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam sidang media selepas berakhirnya sesi berkenaan Sidang Kemuncak Negara-Negara Komanwel di bandar Mellieha, Republik Malta semalam.

Ban merayu kepada pelbagai negara supaya bertindak pantas untuk menangani masalah perubahan iklim yang saat ini menjadi isu hangat.

Beliau juga menyentuh tentang Kenyataan Bersama Ketua Negara China-Perancis Berhubung Perubahan Iklim yang dikeluarkan awal bulan ini, dan memuji janji yang dibuat kedua-dua negara ini untuk meneliti kemajuan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau setiap lima tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China