Cari:
9 Cedera Tembak-Menembak di Colorado
2015-11-28 17:02:14 CRI Cetak

Seorang anggota polis terkorban dan lima lagi polis cedera dalam kejadian tembak-menembak dengan seorang lelaki bersenjata di sebuah klinik di Colorado Springs, AS semalam.

Penyerang bersenjata itu dikatakan menyerbu masuk ke dalam klinik pengguguran di Pusat Perancangan Keluarga dan Keibubapaan dan setakat ini laporan turut menyebut beberapa orang awam turut cedera.

Jurucakap polis Colorado Spring, Lefternan Catherine Buckley berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan dan berdepan dengan suspek di dalam bangunan.

Stesen CBS News pula melaporkan, penyerang berjaya ditangkap dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ada bahan letupan dibawanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China